Saturday, April 14, 2012

Sarawak benam Kedah

BH Online

KL pula terus malang apabila dibelasah FELDA 4-0

PASUKAN tercorot, Kuala Lumpur menamatkan pusingan pertama Liga Super tanpa sebarang kemenangan apabila tewas 0-4 kepada FELDA United tatkala Kedah dikejutkan Sarawak 0-2 di laman sendiri pada dua aksi yang berlangsung malam tadi.



Di Stadium Hang Jebat, Melaka, bekas penyerang Kelantan, Nizad Ayub memastikan FELDA United mendahului selesa pada babak pertama dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-22 dan 36.





Nizad melengkapkan hatrik apabila menanduk masuk bola sepakan sudut Farderin Kadir pada minit ke-72 sebelum Farderin menambah gol keempat FELDA United menerusi rembatan kencang kaki kiri pada minit ke-87.

Di Stadium Darulaman, Alor Star, Sarawak yang mengikat Kelantan 1-1 minggu lalu terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan kelima musim ini dengan menewaskan Kedah 2-0.

Pada babak pertama, Kedah terlepas peluang seawal minit pertama apabila Hamidan Mohamed berkedudukan ofsaid manakala peluang Sarawak dipersiakan Joel Eppale yang gagal menyambar bola di depan pintu gol.

Namun Sarawak membolosi gawang tuan rumah yang dikawal Helmi Eliza Elias sebanyak dua kali pada babak kedua menerusi jaringan Shahrol Saperi pada minit ke-73 dan rembatan kencang dari luar kotak penalti Ashri Chuchu enam minit sebelum tamat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...