Wednesday, April 11, 2012

Jamal sokong artikel diubah demi kebaikan


Harian Metro

PERSATUAN bola sepak negeri perlu ‘merenung sejenak’ kewajaran Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak (FAM) demi kepentingan sukan itu.


Ini ditegaskan bekas Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Jamal Nasir Ismail yang berharap pucuk pimpinan peringkat negeri dapat menilai sendiri sebelum membuat sebarang keputusan. “Sebarang keputusan hanya mampu diubah sekiranya persatuan negeri bersepakat ingin mengubah atau menghapuskan artikel berkenaan yang diguna pakai selama ini.




“Secara peribadi, saya sokong sekiranya artikel itu diubah atau digugurkan demi kepentingan bola sepak negara, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya.




Jamal yang juga bekas pemain Tok Gajah dan kebangsaan era 80an berkata, untuk melihat kemajuan dalam sukan bola sepak, FAM sebagai badan induk perlu mengambil kira komen dan pandangan individu tertentu terutama membabitkan ahli jawatankuasa FAM.

Walaupun dilihat kurang manis tindakan berkenaan, demi kepentingan sukan nombor satu negara itu, pihak terbabit perlu akur.


“Bagaimanapun, untuk mengelak sebarang perselisihan faham dengan FAM, individu yang ingin menyuarakan pandangan perlu profesional dalam menyuarakan pandangan.





“Sebaik-baiknya individu terbabit terutama AJK FAM dapat bersemuka dengan pegawai berkenaan dalam usaha mereka menyuarakan pandangan dan bukannya melalui media.

“Tindakan itu pernah saya lakukan ketika memegang jawatan Naib Presiden Satu PBNP, kami mengadakan perbincangan demi kebaikan bersama,” katanya.




Mengenai hukuman ke atas bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, Jamal berkata, pandangan beliau (Annuar) terhadap pasukan negara lebih kepada luahan hatinya.

Katanya, pengalaman luas Annuar dalam bola sepak membuka ruang kepada menyuarakan pandangan dan pendapat ikhlas untuk kemajuan bola sepak negara.


“Saya simpati dengan hukuman diterima Annuar. Saya kenal dan faham dengan kesungguhannya memajukan bola sepak terutama pasukan Kelantan,” katanya.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...