Saturday, April 21, 2012

'Ranking penting'

BH Online

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menyatakan pendiriannya kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking lebih baik memainkan peranan penting untuk menjulang nama dan maruah negara di pentas antarabangsa.

“Memang ranking ini tidak boleh nak dijangka. Ranking penting untuk pemain dan juga maruah negara tapi lebih penting, pemain itu sendiri kena faham kenapa ranking adalah penting untuk kedudukan negara di rantau ini.

“Ini adalah fakta sebenarnya. Kalau kita tidak berada di kedudukan 100 teratas, masa depan pemain kita mungkin tidak dapat beraksi di Eropah dan ini implikasinya secara rambang.
Sudah pasti pasukan lebih atas mahu lawan pasukan lebih baik daripada mereka. Kita perlu faham, orang (pasukan) di kedudukan bawah mahu lawan kita kerana mahu cuba naikkan kedudukan ranking mereka. Ini penting kerana mereka tahu implikasi ranking. Tapi kalau kita kalah ketika lawan lebih kuat, tidak ada maknanya juga. - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM
“Di sini, saya cuma bayangkan saja dan kita memang berhasrat nak menaikkan mutu bola sepak, tapi hakikatnya terpulang kepada pemain dan keseluruhan pasukan itu sendiri,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran UFL-Power Plate My7, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, dia tidak menganggap kedudukan skuad negara di tangga 156 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai gambaran sebenar kekuatan pasukan kebangsaan.

Pada masa yang sama, Tengku Abdullah mengingatkan supaya semua pihak terus bekerja keras memantapkan pasukan kebangsaan.

“Sudah pasti pasukan lebih atas mahu lawan pasukan lebih baik daripada mereka. Kita perlu faham, orang (pasukan) di kedudukan bawah mahu lawan kita kerana mahu cuba naikkan kedudukan ranking mereka. 


“Ini penting kerana mereka tahu implikasi ranking. Tapi kalau kita kalah ketika lawan lebih kuat, tidak ada maknanya juga. Jadi saya nak nyatakan di sini, kalau pemain atau pihak pengurusan tidak tahu implikasi kedudukan ranking ini, mereka kena berlatih dengan lebih baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...