Friday, April 13, 2012

Safiq ganti Amri?


Safiq ganti Amri?

“ADA kemungkinan Safiq (Rahim) ganti Amri selaku kapten, esok. Demikian reaksi Pengendali The Red Giants, Irfan Bakti Abu Salim berhubung kekosongan ditinggalkan Amri Yahyah menjelang perlawanan­ Liga Super menentang Johor FC di Pasir Gudang, esok.
Selangor terpaksa melupakan khidmat Amri selepas pemain itu mengumpul dua kad kuning pada perlawanan sebelum ini.


Bagaimanapun, Irfan berkata, ia sekadar cadangan dan keputusan muktamad mengenainya hanya akan diputuskan selepas berbincang dengan pembantu jurulatih.
Dalam pada itu, Irfan mengakui belum memutuskan siapa yang bakal mengepalai jentera serangan Selangor berikutan ketiadaan Amri.
“Kita tidak bimbang kerana mempunyai pilihan lain. Selangor mungkin letak R Surendran, mungkin letak Safiq,” katanya sambil menegaskan kehadiran semula tiga tonggak utama, Asraruddin Putra Omar, Azidan Sarudin dan K Gurusamy yang selesai menjalani penggantungan cukup untuk memperkuatkan jentera Selangor sekali gus menebus kekalahan kepada lawan sama ketika saingan suku akhir Piala FA, bulan lalu.
“Kita perlu berpijak di bumi nyata dan jadikan kekalahan lalu sebagai pengajaran. Saya mahu semangat kemenangan ketika menumpaskan Terengganu baru-baru ini dijadikan inspirasi untuk mengatasi Johor FC.
“Saya tidak mahu pemain sekadar mencipta peluang tetapi perlu bijak mencari penyudah menjaringkan gol,” katanya.
Dengan kedudukan di tangga keempat Liga Super, Irfan bagaimanapun tetap optimis Selangor mampu menghuni kelompok tiga pasukan teratas.
“Kedudukan mata dengan Lions XII dan Kelantan tidak terlalu jauh dan kita masih ada baki 13 perlawanan kerana sepanjang tempoh ini apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...