Monday, April 23, 2012

Seladang tumbang


Harian Metro

KELAB Indonesia, Semen Padang menumpaskan Perak 2-0 dalam pertemuan pertama perlawanan persahabatan Siri Nusantara di Stadium Perak, malam tadi.


Dua jaringan pada babak pertama mencukupi buat pelawat melakar kejayaan walaupun tuan rumah bangkit pada babak kedua dalam usaha memadam kelebihan lawan yang disaksikan oleh kira-kira 4,000 penonton itu.




Pada perlawanan semalam, ketiadaan tiga tonggak iaitu Kapten, Shahrulnizam Mustapa, Fahrul Razi Kamaruddin dan Mohd Shahrul Kalam ternyata menjejaskan rentak tuan rumah.




Kecuali cuba melakukan serangan balas tapi kerajinan pemain import baru, Albert Dominique Ebosse Bodjongo tidak mencukupi untuk memecah banteng lawan kerana sering bersendirian.

Sebaliknya Semen Padang membuktikan kenapa ia kini menduduki persada Liga Premier Indonesia dengan corak permainan kemas dan serangan tersusun untuk mengenakan cengkaman terhadap perlawanan.


Usaha mereka akhirnya berjaya apabila Ferdinand Sinaga menemui sasaran apabila rembatan kaki kirinya pada m-10 menewaskan penjaga gol Perak, Khairul Amri Jamaluddin.





Penguasaan pelawat berterusan selepas itu yang menyaksikan benteng Perak terpaksa bekerja keras untuk mengekang kelincahan Eli Aiboy, Sinaga dan Edward Wilson Junior.

Pelawat yang ternyata memiliki kelebihan dari segi taktikal serta lincah berjaya melebarkan jurang apabila rembatan jarak jauh Vendry Mofu menerjah gawang pada m-38.




Walaupun Norizan Bakar melakukan pertukaran pemain termasuk membawa masuk Lazar Popovic namun ia gagal mengubah nasib pasukan pada babak kedua yang nyata lebih seimbang.

Begitupun tuan rumah berjaya mencemaskan kubu lawan di awal babak kedua tetapi Jandia Eka Putra yang masuk menggantikan Samsidar berjaya mengelaknya daripada dibolosi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...