Saturday, April 14, 2012

Peluang Rajagobal

BH Online

Temu Filipina pentas Harimau Malaya buktikan ranking 156 tak relevan 

KEKALUTAN angka 156 yang membelenggu skuad Harimau Malaya dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu meredakan seketika kegelisahan peminat andai barisan Datuk K Rajagobal mampu mengatasi Filipina yang menghuni tangga ke-146.



Ini kerana pasukan republik itu bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan ulangan di Kuala Lumpur pada 1 Jun depan, selepas kedua-dua negara terikat 1-1 dalam perlawanan di Manila, sebulan lalu.





“Malaysia menjemput kami bermain perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 1 Jun dan secara dasarnya, kami (terima jemputan dan) akan ke sana,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Mariano Araneta dalam kenyataan di laman web Persekutuan Bola Sepak ASEAN, semalam. 

Menurut Araneta, dia sudah berbincang dengan pengurus skuad kebangsaan, Dan Palami yang bersetuju untuk menerima undangan itu, malah turut cuba mengatur aksi persahabatan dengan Indonesia dan Thailand pada 5 dan 12 Jun. 

Skuad kebangsaan amat memerlukan aksi persahabatan antarabangsa selepas ranking Harimau Malaya merudum ke tangga 156 dalam senarai terbaru ranking FIFA, hingga mengundang kecaman peminat tempatan yang mempersoalkan persiapan dan kualiti barisan Rajagobal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...