Tuesday, April 10, 2012

Tampines tekad menang


Harian Metro

KELONGGARAN benteng Terengganu ketika menentang Selangor, Sabtu lalu menjadi sandaran Tampines Rovers untuk memburu kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, petang ini.


Jurulatih Steven Tan, ketika memberitahu sidang media di Kuala Terengganu semalam, walaupun tewas 1-0 di Stadium Jalan Besar di Singapura minggu lalu, keputusan itu tidak bermakna pasukannya akan tunduk sekali lagi kepada pasukan Penyu.


“Kami sebenarnya berpeluang menang di tempat sendiri namun kegagalan penyerang menyempurnakan beberapa peluang terbaik menyebabkan kami berputih mata.




“Pada perlawanan itu, benteng pertahanan kami terlena seketika untuk Terengganu menjaringkan gol kemenangan. Namun semua itu menjadi pengajaran kepada kami untuk tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya.

Steven yang menyangkal dakwaan pasukannya tidak memberi tumpuan kepada pertandingan Piala AFC berkata, peluang masih terbuka untuk mereka mara ke pusingan kedua sekiranya mampu menang semua baki tiga perlawanan peringkat kumpulan.


“Saya berpendapat semua pasukan bertanding mempunyai kebolehan setara, cuma kegagalan menjaringkan gol menyebabkan kami berada di tangga tercorot selepas beraksi tiga perlawanan.





“Kami yakin semua itu akan berubah esok (hari ini) kerana mutu permainan kelihatan meningkat dan sudah sampai masanya untuk menikmati nasib yang lebih baik,” katanya.

Katanya, belilau kagum dengan kehebatan penjaga gol Terengganu, Sarbinee Allawee yang banyak menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi penyerang Tampines Rovers ketika bermain di gelanggang sendiri.




“Namun Selangor berjaya menewaskan Sarbinee enam kali dan ini memberi sedikit harapan kepada kami walaupun percaya Terengganu akan melakukan yang terbaik untuk tidak dibolosi enam kali sekali lagi.

“Bagaimanapun, kami juga risau kerana terpaksa bermain di waktu petang. Kami harap semua pemain mampu bertahan 90 minit dan tidak kehabisan tenaga di separuh jalan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...