PERCUBAAN Amri (kanan) barjaya dihalang penjaga gol Johor FC Mohd Anis Faron di Stadium Shah Alam, malam tadi. |
SELANGOR 'merasmikan' pembukaan semula Stadium Shah Alam dengan nota ceria menewaskan Johor FC 2-0, tambahan dibantu kehadiran pasukan pelawat tanpa jurulatih K Devan yang baru meletak jawatan serta penyerang import, Arthur Hendrique yang digantung perlawanan.
Kedua-dua gol Selangor dijaringkan penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban pada separuh masa kedua.
Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim ternyata menguasai permainan separuh masa pertama dan percubaan pertama Selangor pada minit ke-19 menerusi rembatan jarak dekat kapten, Amri Yahyah berjaya dihadang baik penjaga gol Johor FC, Anis Faron Arsidi.
Jaringan Ramez Dayoub selepas menyambut sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-53 dibatalkan pengadil kerana ofsaid, namun tiga minit berselang, Selangor akhirnya memperoleh gol pertama menerusi penyudah kemas Balaban di depan pintu gol selepas menerima lorongan cantik Solihin Kanasian.
Sisa perjuangan Johor FC lebur apabila Bosko menanduk cantik gol kedua Selangor berpunca sepakan sudut Safiq pada minit ke-86 untuk membolehkan Selangor membuka saingan pusingan kedua dengan meraih kemenangan keenam musim ini.
No comments:
Post a Comment