Showing posts with label Baddrol Bakhtiar. Show all posts
Showing posts with label Baddrol Bakhtiar. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Nam, Mehmet senjata Kedah

Sumber: Harian Metro
Alor Setar: Gandingan bahagian serangan Billy Osman Mehmet dengan Nam Kuang Woong menjadi pertaruhan ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe apabila berkunjung ke Stadium Paroi, untuk aksi Liga Perdana malam ini.
Gandingan Kuang Woong dari Korea dengan Mehmet buat pertama kali musim ini menjaringkan tiga gol ketika Kedah menewaskan PBAPP dari Pulau Pinang 7-2 dua minggu lalu dan sewaktu bertemu FELDA United, Mehmet pula tidak dapat beraksi kerana terpaksa menjalani hukuman gantung satu perlawanan.

Thursday, November 21, 2013

KAFA nafi ikat pemain ATM, Kedah

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan kehadiran tiga pemain baru Amirizwan Taj Tajuddin dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta dua tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar yang dikaitkan untuk menyarung jersi The Red Warriors (TRW) bagi saingan musim 2014.

Annuar menerusi kenyataannya dalam laman facebook berkata, spekulasi pemain yang bakal dipikat TRW sentiasa dimainkan oleh media dengan membabitkan beberapa pemain tempatan dan luar negara.

Wednesday, November 13, 2013

Barisan Kedah hampir lengkap

Sumber: Harian Metro

Alor Setar: Senarai penuh barisan pemain tempatan yang akan membarisi skuad Kenari untuk saingan Liga Perdana musim depan dijangka diumum selepas Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), esok.

Setiausaha Kehormat KFA Aminuddin Omar berkata, setakat ini senarai pemain tempatan sudah hampir lengkap termasuk dua tonggak utama musim lalu Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar.

Wednesday, June 19, 2013

Baddrol kebanggaan Hijau Kuning

Sumber: SInar Harian


Baddrol kebanggaan Hijau Kuning


Baddrol kebanggaan Hijau Kuning

 Baddrol kebanggaan Hijau Kuning

NAMA Baddrol Bakhtiar rasanya tidak perlu lagi perkenalkan kerana sudah dikenali hampir sebahagian besar peminat bola sepak tempatan.
Beliau  yang bermain untuk pasukan Kedah di posisi penyerang dan mesra di sapa Badd merupakan pemain tonggak dalam skuad Hijau Kuning musim ini.

Dilantik sebagai kapten pasukan, Baddrol bersama rakan sepasukan bertungkus-lumus membantu Kedah kembali ke saingan Liga Super apabila terpaksa beraksi pada kempen Liga Perdana tahun ini.

Wednesday, January 2, 2013

Kedah sasar kembali ke Liga Super musim depan



ALOR SETAR - Pasukan bola sepak Kedah yang beraksi dalam Liga Perdana musim ini berazam untuk kembali mencari tempat dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Penolong Pengurus Pasukan Kedah, Amirul Nizam Mahathir berkata, skuad bimbingan jurulatih dari Croatia, Mario Tot itu kini berada dalam prestasi yang memberangsangkan untuk memulakan saingan pada 7 Januari ini di mana skuad Kenari akan menentang UiTM FC di Melaka.

Saturday, December 29, 2012

Tot tarik nafas lega


Harian Metro

KETUA jurulatih Kedah, Mario Tot mampu menarik nafas lega selepas melihat pasukannya mengikat juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2012, Kelantan pada perlawanan ujian kelmarin.

Menurutnya, Kedah akan bertemu Selangor di Stadium Darulaman, esok dan beliau mengharapkan peningkatan barisan pemain berbanding ketika bertemu Kelantan.

Thursday, November 8, 2012

Makin parah

Harian Metro

FARIZAL...lakukan kesilapan mudah.
FARIZAL...lakukan kesilapan mudah.


KEBIMBANGAN semakin memuncak buat peminat bola sepak tempatan selepas dihidang aksi longlai skuad negara yang kecundang 0-2 kepada Thailand dalam aksi persahabatan di Bangkok, malam tadi.

Friday, April 20, 2012

Gerc, Khyril mampu gegar Kelantan


Harian Metro

KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin keserasian gandingan penyerang import baru, Vedran Gerc bersama Mohd Khyril Muhymeen Zambri mampu mengatasi Kelantan pada separuh akhir pertama Piala FA di Kota Bharu, malam esok.


Katanya Gerc sudah mula menyesuaikan diri dengan corak permainan Kedah selepas menjaringkan kedua-dua gol pada perlawanan sulungnya dalam Liga Super menentang Sarawak di Kuching, Selasa lalu.



Saturday, January 14, 2012

Kenari perlu elak kesilapan



Harian Metro

BARISAN pemain Kedah perlu memastikan mereka tidak melakukan kesilapan melepaskan gol mudah ketika bertemu Lions XII pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini jika berhasrat memungut sekurang-kurangnya satu mata.


Ketua jurulatih Hijau Kuning, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, anak buahnya perlu memastikan mereka tidak hilang tumpuan dan memudahkan lawan merobek gawang seperti yang berlaku ketika diaib T-Team, Selasa lalu.

“Kesilapan di Kuala Terengganu khususnya pada babak pertama mengakibatkan kami putih mata dan kembali dari sana dengan tangan kosong dan ini perlu dijadikan sebagai teladan bagi memastikan ia tidak berulang.




“Bukan pertahanan saja perlu menumpukan perhatian sepanjang 90 minit malah barisan serangan juga perlu menggunakan peluang menjelma di depan gol Singapura jika berhasrat memperbaiki kedudukan tercorot liga ketika ini.

“Saya juga berdoa tonggak bahagian tengah dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dapat beraksi kembali,” kata Nidzam.


Katanya, kehadiran Baddrol pasti membakar semangat pemain meningkatkan lagi prestasi dan beraksi dengan kemampuan sebenar yang gagal dilakukan ketika beraksi di Terengganu.




“Saya juga harap tonggak pertahanan Danillo yang tercedera ketika bertemu T-Team kembali pulih untuk memantapkan bahagian pertahanan yang goyah,” kata Nidzam.

Menurutnya, semua pemain sedar Lions XII seperti seekor singa yang terluka dan hanya yang terbaik daripada setiap pemain mampu menjamin kemenangan selain memastikan tidak diaib buat kali kedua.

Tuesday, December 20, 2011

Kedah uji ketajaman


Harian Metro

KEDAH kini sudah menemui rentaknya dan pertemuan dengan Pos Malaysia di Stadium Darulaman hari ini pasti akan mencerminkan kemampuan sebenar Hijau Kuning pada saingan Liga Super 2012.


Menurut tonggak utama, Badrul Bakhtiar, pertemuan dengan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prai minggu lalu berjaya menambahkan kesefahaman pasukan.

“Pertemuan dengan Pos Malaysia pula akan ketajaman barisan serangan.




“Pemain tengah Barreno akan beraksi semula setelah direhatkan pada perlawanan lalu kerana kecederaan dan kehadirannya mampu memantapkan lagi bahagian itu dalam membuka ruang penyerang untuk merobek gawang lawan,” katanya yang juga kapten skuad Olimpik negara.

Bahagian serangan musim ini turut bantu Kyril Muhymeen yang dibantu Faizal Abu Bakar.


“Kehadiran Danillo dan Barenno pasti meningkatkan lagi prestasi Kedah untuk menjadi pencabar utama kelak,” katanya.




Wednesday, December 7, 2011

Baddrol tetap mahu ikut Safee


KUALA LUMPUR - Tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Baddrol berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikan kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA XXVI dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini semalam.

Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Irfan Fazail.

Pemain kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan berkata, dia mahu mengikut jejak langkah Safee Sali, yang bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.

"Ia memang tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee.

"Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.

Beliau berkata, sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.

"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang ," katanya. - Bernama

Monday, August 15, 2011

Wigan mahu uji Baddrol


KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.
Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.
Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.
Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.
Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.
“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”
Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.
Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.
“Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...