Saturday, December 29, 2012

Tot tarik nafas lega


Harian Metro

KETUA jurulatih Kedah, Mario Tot mampu menarik nafas lega selepas melihat pasukannya mengikat juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2012, Kelantan pada perlawanan ujian kelmarin.

Menurutnya, Kedah akan bertemu Selangor di Stadium Darulaman, esok dan beliau mengharapkan peningkatan barisan pemain berbanding ketika bertemu Kelantan.


Bagi Tot, pertemuan menentang Kelantan itu turut menyaksikan empat tonggak utama pasukan, Badrul Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri, Nelson Sam Martin dan Chyene Santos, buat kali pertama beraksi bersama.



Katanya, pertemuan menentang Kelantan, pasukan terbaik Liga Malaysia musim lalu, menambah keyakinan anak buahnya secara individu dan gaya permainan dipamerkan mereka turut menyuntik rasa yakin Kedah mampu mengharungi Liga Perdana dengan cemerlang.


“Nelson dan Santos buat kali pertama beraksi selepas menjalani latihan ringan kerana kecederaan tiga minggu lalu dengan tahap mereka berada di peringkat 20 peratus saja. Keupayaan mereka menandingi pemain Kelantan membuktikan kewibawaan bermain gaya bola sepak tinggi.



“Justeru, saya yakin perlawanan Ahad ini bakal menyaksikan mereka meningkatkan lagi persefahaman,” katanya yang turut lega dengan persembahan muka baru seperti Arman Fariz Mohd Ali di bahagian pertahanan, Zuraindey Jumai dan Mohd Fariss Azlan (tengah).




Untuk rekod, Selangor menewaskan Sabah, 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam, Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...