PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan melunaskan semua hutang tertunggak dalam masa terdekat.
Mengulas laporan Arena semalam, Setiausaha Agung PBSNT, Abdullah Salleh berkata, jumlah hutang persatuan bukanlah besar dan tidak ada yang tertunggak terlalu lama.
“Cuma masa dan keadaan menyebabkan ada beberapa bil belum lagi dijelaskan namun semuanya akan kami selesaikan dalam masa terdekat.

“Kami harap semua pihak terbabit dapat bersabar kerana kami masih sibuk dengan persiapan pasukan untuk menghadapi musim baru yang bakal bermula awal bulan depan,” katanya.
Abdullah bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (PBSDHT), Abdullah Sulong mengenai elaun bulanan yang masih diterima Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh dan timbalannya, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof walaupun sudah melepaskan jawatan pengurus dan penolong pengurus Terengganu.
“Saya tidak boleh sentuh soal kewangan persatuan kerana tanggungjawab itu terletak di bahu bendahari.

“Namun saya percaya semua keputusan dibuat pengurusan persatuan berlandaskan garis panduan yang termaktub dalam perlembagaan PBSNT,” katanya.
No comments:
Post a Comment