Sumber: Harian Metro Online
TEGURAN jurulatih, Mohd Azraai Khor berjaya membawa perubahan kepada awang import, Karim Rouani yang mula menunjukkan perwatakan meyakinkan menjelang sepak mula Liga Super 2013 pada 8 Januari.
Berbanding aksi longgar ketika Jelajah Utara pada 17-21 Disember lalu, bekas penyerang kelab Liga Thailand, BEC-Terro Sesana dari Perancis itu menunjukkan aksi bertenaga ketika bertemu Pos Malaysia di Proton City, tiga hari lalu.
“Saya gembira dia memberi persembahan berkesan ketika kami bertemu Pos Malaysia di Tanjung Malim, baru-baru ini. Karim menunjukkan kemampuan tinggi, cuma agak malang dia gagal melakukan penyudah beberapa peluang terhidang,” kata jurulatih Mohd Azraai Khor.
Pemain keturunan Maghribi itu menimbulkan keresahan ramai berikutan aksi hambarnya ketika Perak mengadakan tiga perlawanan pemanas badan apabila hanya menyumbat satu gol melalui sepakan penalti.
Berikutan itu Azraai memberi kata dua kepada Karim supaya mempertingkatkan keupayaannya jika tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman dan kritikan peminat pasukan Kejor Yop Kejor.
Mengenai perlawanan dengan Pos Malaysia itu, Azraai berkata anak buahnya tumpas 1-2 tapi jurulatih itu berkata, tidak ada sebab untuk berasa cemas.
“Dari awal lagi saya sudah katakan keputusan perlawanan tidak penting kerana pada peringkat ini saya menguji pemain untuk mencari gandingan terbaik” katanya
No comments:
Post a Comment