Wednesday, December 19, 2012

FAM bincang status Rajagobal




KUANTAN – Status ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal akan dibincangkan pada post-mortem yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berkata, sehingga kini Rajagobal masih lagi kekal sebagai jurulatih untuk skuad Harimau Malaya.

“Kita akan menilai laporan penuh pada post-mortem tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Rajagobal sebagai ketua jurulatih.



“Laporan mengenai perlawanan Malaysia menentang Thailand sudah diterima dan segala keputusan yang diambil harus mengambil kira semua faktor dan pendapat semua pihak,” titah baginda.

Selain itu, baginda menyifatkan Rajagobal masih lagi jurulatih pasukan kebangsaan negara dan segala pertukaran atau penstrukturan semula akan dikaji bersama pegawai atasan skuad bola sepak tersebut.

Kata baginda, sehingga kini tiada sebarang rancangan dilakukan bagi menggantikan jawatan itu kepada individu lain dan Rajagobal masih kekal dengan jawatannya.

Sultan Ahmad Shah mengulas perkara berkenaan setelah banyak pihak menggesa Rajagobal meletakkan jawatan selepas kekalahan skuad kebangsaan kepada Thailand dalam separuh akhir Piala AFF Suzuki minggu lalu, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan pada 2010 lalu

Baginda akan ke Bangkok Jumaat ini untuk mesyuarat AFF dan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, Singapura melawan Thailand seterusnya menyerahkan piala kepada pasukan yang menang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...