Wednesday, December 12, 2012

KBS-AirAsia tawar pakej istimewa RM500 ke Bangkok



PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama AirAsia menawarkan pakej khas berharga RM500 untuk penyokong Harimau Malaya menyaksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Bangkok.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, bayaran RM500 tersebut merangkumi penerbangan pergi balik Kuala Lumpur dan Bangkok, cukai lapangan terbang, bas antara lapangan terbang ke stadium serta makanan di atas kapal terbang semasa balik.



"Penerbangan akan bertolak pada pukul 12.55 tengah hari pada 13 Disember (Khamis ini) dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan pulang dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam hari yang sama selepas perlawanan.

"Mereka yang berminat boleh hubungi Nik Mohd. Fitra di talian 03-88713629 untuk tempahan dengan memberikan nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh tamat tempoh pasport dan bayaran RM500 dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam," kata kenyataan tersebut semalam.

Kenyataan itu mengingatkan bahawa tiket khas tersebut terhad dan akan ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat'.

Selain pakej penerbangan tersebut, Kementerian Belia dan Sukan turut menyediakan tiket percuma terhad bagi peminat yang pergi ke Bangkok secara bersendirian.

"Peminat yang ingin mendapatkan tiket percuma ini juga boleh menghubungi talian 03-88713629 untuk menempah tiket.

"Mereka yang telah menempah tiket boleh berjumpa pegawai bertugas di pintu masuk utama Stadium Supachalasai, Bangkok untuk mendapatkan tiket mereka," katanya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...