Monday, December 24, 2012
Ngap Sayot guna jersi baharu kempen 2013
KUCHING: Skuad Ngap Sayot akan menggunakan jersi baharu pada kempen Liga Perdana yang akan bermula Januari 2013.
Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman semasa mengadakan mesyuarat dengan kelab penyokong bola sepak Sarawak semalam.
Sudarsono menjelaskan, pihaknya akan menunjukkan jersi serta barisan pemain baharu Sarawak dalam satu majlis yang akan diadakan di Merdeka Palace pada 2 Januari nanti.
Jersi baharu itu mengekalkan konsep warna yang sama, namun tampil dengan rekaan yang lebih menarik.
Menurut Sudarsono, pada majlis itu nanti kelab penyokong akan mempersembahkan ‘semboyan’ baharu yang akan digunakan untuk menyokong skuad Ngap Sayot sepanjang kempen musim depan.
“Mesyuarat ini sangat penting bagi FAS dan kelab penyokong membentuk kerjasama dalam pelbagai perkara terutama yang melibatkan sokongan terhadap pasukan.
“Kita harus berubah mengikut perubahan masa kerana kita sedar penyokong sekarang sudah jauh berubah.
Apa yang kita lakukan dulu mungkin tidak lagi sesuai digunakan pada zaman sekarang.
“Justeru, mesyuarat yang kita adakan hari ini (semalam) bertujuan mengumpul semua wakil dari kelab penyokong untuk bersama-sama menyumbang idea serta cadangan kepada pihak FAS mengenai cara untuk meningkatkan sokongan terhadap pasukan yang kita cintai.
” Sudarsono juga menyuarakan keyakinannya terhadap pasukan Ngap Sayot yang baharu dibentuk dan berharap mereka dapat kembali ke saingan Liga Super pada 2014 nanti.
“Kita sangat memerlukan sokongan penyokong di stadium kerana ia akan menyemarakkan semangat para pemain.
Justeru, kelab penyokong memainkan peranan penting dalam memastikan sokongan terhadap pasukan terus kekal.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment