T-TEAM akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Myanmar di Yangon selama seminggu mulai esok.
Ia bagi mengukur prestasi dan keserasian pemain skuad baru kendalian Peter Butler dalam menghadapi saingan Liga M musim depan.
Pegawai Eksekutifnya Abdul Rashid Jusoh berkata rombongan 30 pemain dan pegawai berlepas malam ini dan mempunyai jadual padat.
“Sebaik tiba pada sebelah pagi, kami akan terus adakan latihan sebelum perlawanan sebelah malam,” katanya.
Abdul Rashid berkata George Boateng yang baru pulang dari negaranya Ghana dan kini sudah berada di Kuala Lumpur akan turut menyertai rombongan.
“Ini peluang terbaik buat Boateng kerana dia belum pernah dapat menyesuaikan diri dengan pemain lain dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment