Sumber: Harian Metro online
SEJAUH mana keupayaan barisan gabungan baru skuad Perlis yang menggalas cabaran pada kempen Liga Perdana musim depan akan diketahui apabila melayan kunjungan Selangor di Kangar, Jumaat ini.
Perlawanan menentang juara 32 kali Piala Malaysia kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu disifatkan penting buat skuad muda Singa Utara itu.
Ketua jurulatih, Yunus Alif menganggap Selangor sebagai sebuah pasukan hebat kerana memiliki ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang berbanding tenaga muda Perlis yang kurang berpengalaman.

“Kami harap perlawanan itu bukan saja menjadi pendedahan tapi paling penting, membantu menggilap keupayaan pemain dan menambah pengalaman,” katanya.
Sebelum perlawanan menentang Selangor, Perlis sudah melalui tiga perlawanan persahabatan. Mereka tewas kepada Kelantan 0-5, Terengganu (0-4) dan Perak (0-3).
Selain pertemuan dengan Selangor, Perlis juga akan menentang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang di Stadium Utama Negeri Kangar pada 2 Januari.

No comments:
Post a Comment