Wednesday, December 26, 2012

Sabahawks gesa pemain jaga disiplin

Harian Metro


PEMAIN Sabah diberi amaran supaya menjaga maruah diri dan pasukan ketika Sabahawks berusaha kembali ke pangkuan Liga Super pada 2014.

Sambil memberi ingatan tegas akan menyingkirkan pemain yang tidak setia dan ‘mengkhianati’ pasukan dengan menampilkan persembahan kurang bertenaga serta tidak berdisiplin, Presiden Bola Sepak Sabah (Safa), Datuk Seri Musa Aman berkata, amaran keras itu perlu kerana Sabah menaruh harapan tinggi untuk beraksi semula dalam saingan berprestij tempatan itu.



“Pemain mesti sentiasa menjaga maruah diri dan pasukan selain mengelak daripada terjebak gejala ‘kurang sihat’. Bagi saya, jika ada pemain terbabit dengan gejala ini, tindakan tegas termasuk disingkir akan diambil,” katanya ketika majlis suai kenal pemain Sabah 2013 di sebuah hotel, semalam.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pemain mempunyai kewajipan untuk membawa penyokong kembali ke stadium dengan menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan.

“Tiada alasan untuk pemain menjual permainan atau melakukan sebarang salah laku yang boleh menjejaskan pasukan untuk menang.

“Secara jujur, saya tidak gembira dengan prestasi pasukan dalam Liga Super musim lalu namun yakin skuad kali ini akan memberi aksi lebih baik.” Sabah kini diperkuat kehadiran jurulatih, David McCreery yang pernah beraksi bersama Manchester United, Queens Park Rangers (QPR) dan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris. McCreery juga pernah beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 1982 dan 1986 untuk Ireland Utara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...