Sumber: Harian Metro Online
ANUGERAH ‘Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’ yang dimenangi pada final Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-72, baru-baru ini meningkatkan keyakinan Mohd Nasir Basharuddin untuk memberi aksi terbaik kepada pasukan Liga Super musim depan.
“Saya tidak sangka memenangi anugerah itu. Ini kali pertama saya mendapat penghargaan sebegitu. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk membantu Perak menghadapi Liga Super 2013.
“Namun semua ini juga berkat kerjasama rakan sepasukan. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin saya mampu menang anugerah ini,” kata pemain berasal dari Sungai Siput itu.
“Namun semua ini juga berkat kerjasama rakan sepasukan. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin saya mampu menang anugerah ini,” kata pemain berasal dari Sungai Siput itu.
Begitupun Nasir, 22, berkata, kejayaan Perak muncul juara Piala Emas selepas 22 tahun lebih penting daripada anugerah peribadi dimenanginya. Nasir yang musim lalu bertindak sebagai bek kiri semasa Perak dikendali Norizan Bakar dan kemudian Jang Jung, berubah posisi apabila jurulatih Piala Emas, Abu Bakar Fadzim meletakkannya di bahagian tengah.
Justeru tidak menghairankan Nasir yang juga kapten pasukan mampu bertindak dengan berkesan bagi menjana serangan Perak .
“Apapun saya tidak mungkin mampu melakukannya tanpa sokongan rakan sepasukan. Justeru saya ingin berkongsi kejayaan ini bersama mereka.” Keberkesanan Nasir di posisi asalnya itu mungkin membuka mata ketua jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah dalam persiapannya menghadapi saingan Liga M 2013.

Tambahan pula Azraai tidak akan mendapat khidmat ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa pada peringkat awal kempen kerana pemain itu kini menjalani proses pemulihan selepas pembedahan pergelangan kaki.
No comments:
Post a Comment