Friday, December 21, 2012

24 muka baru, Sime Darby sasar Liga Super



Senarai pemain kelab Sime Darby yang diperkenalkan kepada media hari ini. - Foto Sinar Harian Safwan

PASUKAN berstatus kelab, Sime Darby FC jelas membuat rombakan besar apabila membawa masuk 24 muka baru untuk memperkuatkan pasukan itu dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2013.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, mereka sedar tidak boleh bergantung kepada pemain yang sama kerana cabaran di saingan Liga Perdana semakin sengit.



Jadi dengan rombakan ini sekali gus memberikan amaran kepada pencabar lain bahawa kekuatan mereka tidak boleh dipandang rendah.

"Hanya tujuh pemain dari skuad musim ini  dikekalkan musim depan.

"Tahap permainan yang semakin sengit memerlukan kami membuat rombakan besar dengan membawa masuk pemaun yang lebih berkaliber.

"Jadi dengan gandingan muka lama dan baru, pasukan kita akan menjadi lebih mantap," katanya ketika Sidang Media memperkenalkan barisan pemain baru Sime Darby 2013 di Mont Kiara, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail turut yakin mereka mampu berdaya saing dengan pasukan lain  untuk menyasarkan tempat teratas Liga Perdana bagi mencapai sasaran ke Liga Super 2014.

Katanya, hasrat tersebut dapat direalisasikan dengan  24 muka baru dalam skuad tersebut dan diperkuatkan dengan dua penyerang import dari Croatia.

"Tidak dinafikan, pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana musim depan bukan calang-calang pasukan.

"Namun, saya tetap positif dan yakin barisan pemain yang sedia ada mampu bersaing dan memberi tentangan sengit nanti," ujarnya lagi.

Selain itu, Ismail turut menegaskan siri perlawanan persahabatan yang diadakan sebagai persediaan sebelum bermulanya Liga Malaysia nyata memberi kesan kepada anak buahnya apabila berjaya membentuk persefahaman yang mantap.

"Hasil beberapa perlawanan persahabatan terutama menentang Vietnam, saya lihat tahap kecergasan dan keserasian serta persefahaman antara pemain sangat bagus.

"Walaupun kita kalah dengan Vietnam, namun kita lawan dengan pasukan yang kuat, dan kita harus bangga apabila kami tidak kalah dengan jaringan yang besar.

"Jadi, ini merupakan petanda baik yang dipamerkan pemain sebelum bermulanya Liga Malaysia Januari depan," ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai tahap prestasi dua pemain importnya berbanding Patrick Ronaldinho yang telah berhijrah ke PKNS, Ismail yakin pemain pernah beraksi untuk kelab gergasi Croatia mampu mempamerkan persembahan berkualiti bagi memastikan sasaran utama layak ke Liga Super 2014 tercapai.

BERIKUT ialah senarai barisan pemain dan pegawai Liga Malaysia Sime Darby musim 2013:

Pegawai

Presiden/pengurus pasukan

Tengku Datuk Seri Ahmad Shah

Timbalan presiden

Raja Azlan Raja Azwa

Naib presiden

Hafiz Noor

Setiausaha/penolong pengurus pasukan

Zainal Amat

Ketua jurulatih

Ismail Zakaria

Penolong jurulatih

Abdul Ghani Malik

Penolong jurulatih 2

Faizal Esahar

Jurulatih penjaga gol

Shaharuddin Ahmad Mokshinon


Penjaga gol

Redzuan Harun
Suffian Abdul Rahman
Kamarul Effandi Abdul Rahim
Hafiz Abu Bakar

Pertahanan

Bashahrul Abu Bakar
Yosri Derma Raju
Hasmarul Fadzir Hassan
Khairi Zainuddin
Ahmad Haziq Fuad
Prabakaran Kanadasan
Arif Ismail
Faizal Nasir
Chairi Emmir Abu Bakar


Tengah

Azmirul Azmi
Juzaili Samion
Goran Perak
Syukur Saidin
Asrol Ibrahim
Famirul Asyraf Sayuti
Dzulfahmi Abdul Hadi
Fitri Kamal


Sayap

Ravindren Krishnan
Fahrul Razi Kamaruddin
Fazrul Hazli Mohd Kadri
Firdaus Faudzi
Syed Ariff Syed Uzir


Penyerang

Karlo Primorac
Fadzli Saari
Yusof Zainal Abidin
Syafiq Jamal
Zamri Chin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...