Wednesday, December 12, 2012

‘Beri mereka peluang’

Harian Metro


SABAR dan berikan mereka masa. Begitulah nasihat jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah kepada peminat Seladang yang bagaikan tiada kesabaran selepas menyaksikan aksi longgar dua awang import, Rafael Souza Silva Novais dan Karim Rouani pada perlawanan persahabatan menentang Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Sabtu lalu.

Berikutan itu mereka menggunakan pelbagai saluran untuk mengecam dan mengkritik pengurusan pasukan gara-gara tidak berpuas hati.



Justeru nasihat Azraai agar peminat tidak terlalu cepat menghukum dua anak buahnya itu yang baru menyertai latihan pasukan beberapa hari lalu.

“Kedua-dua pemain baru dua hari menyertai latihan pasukan. Berilah mereka masa untuk mendapat sentuhan dan persefahaman dengan rakan sepasukan.

“Tidak adil mengecam dan mengkritik mereka sedangkan mereka baru saja menyertai pasukan,” katanya yang kesal dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pegawai pasukan.

“Saya tidak kisah dengan cemuhan tapi ada pandangan yang keterlaluan dan tidak sepatutnya dibuat. Kita baru di peringkat persiapan. Beri peluang saya menyediakan pemain.

“Saya yakin mereka juga pemain berwibawa kerana pernah mewakili dan beraksi dalam liga luar,” katanya.

Azraai yang mengikuti seminar dua hari anjuran FAM di Kuala Lumpur menafikan Perak mengambil khidmat pemain sisa buangan Pahang dan PKNS.

“Pahang mahu mengambil pemain Brazil itu tapi atas sebab tertentu tidak mengambilnya hingga menyebabkan ejen membawanya ke Perak.

“Manakala pemain dari Perancis itu pernah bermain dalam liga di Hungary dan kemudian BEC Tero Sasana. Saya yakin dia pemain berwibawa.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...