Monday, December 31, 2012

Ikat dua awang import

Sumber: Metro Online
 
SELANGOR menyambar dua pemain import dari Slovakia, Michal Kubala dan Peter Chrappan bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah untuk mengharungi kempen Piala AFC 2013.
 
Pemain tengah, Kubala, 32, tidak asing dalam saingan Liga Malaysia apabila beraksi bersama Perak musim lalu manakala Chrappan, 28, yang bakal mengemudi benteng pertahanan pula sebelum ini mewakili kelab dari liga Azerbaijan, Inter Baku PFC.

Menurut jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, kedua-dua pemain itu sudah menandatangani kontrak selama enam bulan bersama Selangor dan hanya akan beraksi untuk Piala AFC dengan mereka meletakkan sasaran awal layak ke suku akhir.


“Saya yakin dengan kemampuan kedua-dua pemain ini untuk membantu Selangor memberikan tentangan dalam saingan Piala AFC. Kemampuan Kubala sudah terbukti kerana dia sebelum ini bermain bersama Perak dan boleh menguatkan jentera tengah Selangor.

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian Kelantan musim lalu apabila layak ke suku akhir dan saya yakin dengan barisan pemain yang kami miliki, misi itu boleh dilaksanakan,” katanya.

Selangor yang turut bersama juara treble Kelantan bagi saingan Piala AFC diundi bertemu Tampines Rovers (Singapura), East Bengal FC (India) dan Saigon Xuan Thanh (Vietnam) dalam Kumpulan H.
Aksi pertama anak buah Irfan Bakti adalah menentang East Bengal pada 6 Mac di gelanggang lawan.

Selain Kubala dan Chrap pan, Selangor yang gagal memenangi sebarang piala sejak 2010 turut memancing penjaring terbanyak musim lalu, Francis Forkey Doe serta mengekalkan pemain pertahanan, Ramez Dayoub bagi kempen Liga Malaysia.
Irfan yang masuk musim kedua bersama Gergasi Merah melakukan rombakan besar-besaran kali ini dengan menyenaraikan 11 pemain baru termasuk bekas pemain Harimau Muda A, Mahali Jasuli serta S Kunanlan (Negeri Sembilan), Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu), Mohd Ramzul Zahini Adenan (Kelantan) dan Mohd Afiq Azmi (Kuala Lumpur).

Bagi Irfan, beliau menaruh keyakinan tinggi untuk membawa skuad juara 32 kali Piala Malaysia itu mengecapi sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Semua orang kecewa ter utama peminat apabila kami tidak memenangi sebarang piala musim lalu dan kami perlu menang kali ini kerana tanpa piala, ia satu kegagalan bagi saya,” jelasnya.

Bagi kempen Liga Super, Selangor bakal membuka tirai saingan dengan menentang Negeri Sembilan pada 8 Januari ini di Stadium Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...