DUA awang import baru Pahang, Mohamed Borji dan Nikolche Klechkaroski berazam memastikan sekurang-kurangnya satu piala menjadi milik skuad Tok Gajah musim depan.
Mohamed dan Klechkaroski, masing-masing dari Maghribi dan Macedonia percaya dengan sokongan rakan pasukan serta bimbingan jurulatih, Dollah Salleh, sasaran itu tidak mustahil menjadi kenyataan.
Mohamed yang pernah beraksi bersama kelab Ragi Beni Mellal dalam saingan Liga Maghribi gembira kerana persefahaman antara semua pemain semakin meningkat.

“Saya harap persefahaman ini bertambah padu sebelum saingan Liga Super bermula pada 8 Januari. Pengalaman saya beraksi di Liga Maghribi mampu menghasilkan kejayaan buat Pahang,” kata pemain berusia 32 tahun itu.
Klechkaroski, 29, yang pernah beraksi bersama kelab SHB Danang dalam Liga Vietnam turut berkongsi keyakinan sama dengan Mohamed.
“Saya tahu semua pasukan berusaha meraih piala tapi dengan sokongan dan komitmen semua pemain, sasaran meraih sekurang-kurangnya satu piala pasti menjadi kenyataan,” katanya.

Mohamed dan Klechkaroski ditemui pada majlis memperkenalkan 23 pemain Liga Super Pahang musim 2013 di Kuantan, semalam.
Hadir sama, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar VV Abu, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh, Dollah, penolong jurulatih, Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Zainal Abidin Hassan yang juga penolong pengurus.

Sementara itu, Dollah berkata, sasarannya dalam saingan Liga M adalah untuk menjulang satu piala.
No comments:
Post a Comment