Sumber: Harian Metro Online
SEBAGAI peneraju pasukan Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal perlu mengambil kira idea dan cadangan diluahkan beberapa jurulatih negeri terutama membabitkan barisan pemain yang layak beraksi di pentas antarabangsa.
Cadangan menyenaraikan beberapa muka lama yang mampu mengubah corak persembahan perlu dinilai untuk kemajuan pasukan negara.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, Rajagobal perlu berfikiran terbuka untuk menerima setiap cadangan yang dilemparkan.

Menurutnya, untuk kejayaan pasukan negara istilah siapa yang lebih hebat dan pakar seharusnya tidak wujud sebaliknya kerjasama mengumpul kekuatan itu lebih mustahak.
“Saya lihat banyak cadangan daripada beberapa jurulatih yang mungkin boleh diguna pakai Rajagobal terutama selepas pasukan negara gagal melangkah ke final Piala AFF.
“Dalam hal ini, saya tidak menyebelahi mana-mana jurulatih, yang lebih penting, pasukan negara mampu mencatat kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa,” katanya di Kuantan, semalam.

Tengku Abdullah berkata, selepas gagal menyerlah pada saingan Piala AFF, Rajagobal perlu bangkit memastikan misi Harimau Malaya melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia tercapai.
Dua aksi kelayakan berdepan Qatar pada 6 Februari dan Yaman pada 22 Mac tahun depan akan menjadi kayu pengukur masa depan jurulatih itu bersama skuad negara.

Menurutnya, walaupun ada cadangan menggunakan khidmat jurulatih import, FAM tidak mungkin berbuat demikian dalam masa terdekat kerana beberapa faktor seperti pemilihan individu sesuai memikul tugas itu.
“Dalam pemilihan jurulatih import, kita tidak boleh bertindak terburu-buru, banyak perkara perlu diteliti jika ingin melihat pasukan negara meraih kejayaan.” Berhubung kegagalan Harimau Malaya pada saingan Piala AFF, Tengku Abdullah mengaku amat kecewa dengan prestasi dipamer terutama selepas harapan menggunung diletakkan terhadap skuad kebangsaan.
“Kegagalan itu bukan saja membuatkan saya kecewa tapi turut dikongsi semua rakyat Malaysia yang ingin melihat Harimau Malaya sekali lagi menjulang kejuaraan.
“Namun harapan menggunung itu tidak kesampaian, kini persoalannya adakah episod sama akan berulang pada saingan Piala Asia 2015.”

No comments:
Post a Comment