Tuesday, December 25, 2012

Liga Super 2013: Sathia akur terpaksa beraksi di Paroi



PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan akur dengan keputusan menjadikan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai gelanggang tuan rumah bagi kancah Liga Super 2013.

“Apa nak buat, kami terpaksa menerima keputusan yang ditetapkan. Begitu menghairankan, stadium yang terletak di Bandaraya Petaling Jaya tidak memiliki lampu limpah yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.



“Kami tidak dapat menggunakan Stadium Selayang berikutan ia sudah digunakan untuk dua perlawanan Liga Perdana. Meskipun jauh, saya berharap peminat akan tetap hadir untuk memberikan sokongan,” katanya dipetik dalam laman web atmfa.my.

Sebelum ini, pasukan ATM beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam perlawanan liga domestik sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Sathia masih mengulangi mahu membawa pasukannya berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super dan berusaha mara ke pentas final Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...