Monday, December 24, 2012

Perlis perlu kerja keras

Harian Metro


“BANYAK kerja yang perlu dilakukan kerana pemain sedia ada kurang pengalaman serta perlu digilap keupayaan dan prestasi mereka.”

Itu pengakuan ketua jurulatih Perlis, Yunus Alif ketika memberi reaksi awal terhadap skuad baru kendaliannya yang kini sedang melalui fasa persiapan menjelang sepak mula Liga Perdana musim depan, pada 7 Januari ini.



Yunus yang kembali diberi kepercayaan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk mengisi jawatan berkenaan selama setahun mengakui Perlis masih mempunyai banyak kekurangan.

Justeru, beliau berkata, barisan pemain sedia ada perlu diberi tunjuk ajar, bimbingan dan pendedahan bagi memperbaiki segala kekurangan sebelum turun beraksi.

“Sebenarnya, saya baru saja tiba di Perlis, jadi banyak yang perlu dibuat, pemain pun masih belum kenal. Tapi, jika berdasarkan prestasi pasukan ketika sesi latihan dan menentang Perak pada perlawanan persahabatan di Stadium Utama Negeri Kangar, Isnin lalu, jelas banyak kelemahan perlu diperbaiki,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...