Monday, December 24, 2012

Zaiza sedia galas cabaran Tok Gajah

Harian Metro


PEMAIN pertahanan Pahang, Mohd Zaiza Zainal Abidin yang baru pulih daripada kecederaan lutut kanan selepas menjalani pembedahan Oktober lalu, sudah bersedia menggalas cabaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Setakat ini, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sudah menjalani latihan penuh bersama skuad kendalian Dollah Salleh bagi misi meraih sekurang-kurangnya satu piala.



Menurutnya, kecederaan dialami ketika aksi suku akhir Piala Malaysia bertemu Singapura lalu sudah pulih 100 peratus.

"Saya kini bersedia untuk memikul tanggungjawab mengekang asakan lawan. Saya harap prestasi lebih baik dapat dipersembahkan bagi meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik saingan liga.

"Tahap kecergasan juga menunjukkan peningkatan dan saya percaya apabila saingan Liga Super bermula pada 8 Januari, saya serta rakan lain akan memberikan yang terbaik buat pasukan," katanya semalam.

Ditanya mengenai keputusan Dollah yang memilih pemain tempatan untuk membarisi pertahanan, Mohd Zaiza berkata, dia bertekad membalas kepercayaan pengendali itu.

"Dengan sokongan peminat terhadap skuad Tok Gajah semakin meningkat, kami yakin dapat memberi persembahan terbaik," katanya.

Selain Mohd Zaiza, pemain lain yang berada di posisi pertahanan, Jalaluddin Jaafar, Mohd Saiful Nizam Miswan, Shahrizan Salleh, Mohd Razman Roslan dan Muhammad Syawal Norsham.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...