Sumber: Metro Online
Kuantan: Biarpun mempamer prestasi hambar, jurulatih Pahang, Dollah Salleh tetap mempertaruhkan dua penyerang import, Nikolce Kleckaroski serta Mohamed Borji apabila melayan Johor Darul Takzim di Stadium Darulmakmur, malam ini.
Menurut bekas pemain kebangsaan itu, dua penyerang dari Macedonia dan Maghribi itu sudah diarah meningkatkan kualiti permainan bagi membantu pasukan meraih kemenangan pada aksi pembuka tirai Liga Super musim ini.
