Showing posts with label Amar Rohidan. Show all posts
Showing posts with label Amar Rohidan. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Amar berminat sertai The Red Warriors

Sumber: Utusan Malaysia
 
KOTA BHARU - Bekas pemain tengah Felda United Amar Rohidan berminat menyarung jersi The Red Warriors untuk Liga Malaysia musim depan seandainya diberi peluang.

Tanpa berselindung, Amar mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), dua bulan lalu yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Friday, December 14, 2012

Fadhli tak puas hati

Harian Metro


PEMAIN pertahanan negara, Mohd Fadhli Shas seakan-akan tidak percaya dengan tindakan pengadil perlawanan, Lee Min Hu yang melayangkan kad merah kepadanya selepas mendakwa disiku terlebih dulu pemain Thailand, Datsakorn Thonglao.

Angkara kad kuning kedua yang diperoleh pemain berusia 21 tahun itu pada minit ke-42, aksi Harimau Malaya tampak terjejas hingga tewas 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Supachalasai malam tadi.

Wednesday, December 12, 2012

Felda sambar pemain ternama

Harian Metro


KETIKA beberapa pasukan lain gah mempersiapkan pasukan apabila menyambar pemain bertaraf bintang, Felda United FC tidak mahu ketinggalan membentuk skuad terbaik bagi mengelak menjadi skuad belasahan pada saingan Liga M musim depan.

Usaha mendapatkan khidmat pemain berpengalaman tetap menjadi sasaran apabila berjaya mendapatkan pemain kebangsaan, Amar Rohidan.

Friday, November 16, 2012

Rajagobal mula tunjuk resah



SHAH ALAM - Jika sebelum ini jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua keputusan, situasi itu berubah sama sekali selepas seri 1-1 dengan Hong Kong pada aksi persahabatan, kelmarin.

Tiada lagi ungkapan 'saya kenal pemain saya' atau 'ini sekadar perlawanan persahabatan' seperti mana kebiasaannya.

Sebaliknya, keresahan mula kelihatan pada wajah beliau menerusi cara jawapan yang diberikan oleh pengendali berusia 56 tahun itu pada sidang media selepas perlawanan di Shah Alam.

Tuesday, November 13, 2012

Rajagobal terima teguran


(dari kiri) Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali mempamerkan jersi baru skuad Harimau Malaya keluaran Nike sempena Piala Suzuki AFF 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi


PETALING JAYA - Pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akur dengan teguran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin, dengan menyifatkan ia pandangan positif untuk persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012.

Namun Rajagobal tetap mempertahankan formulanya menurunkan skuad eksperimen dalam aksi persahabatan dengan alasan mahu mencari keseimbangan pada pasukan.

Menurutnya, ini bagi memastikan semua bersedia tanpa terlalu bergantung kepada pemain tonggak.

Saturday, February 25, 2012

Amar jinak Sabah


Harian Metro

JARINGAN tunggal Amar Rohidan pada minit ke-80 membolehkan skuad kebangsaan pulang dengan kemenangan tipis 1-0 selepas berhempas-pulas menentang skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.


Bagaimanapun, skuad kendalian Datuk K Rajagopal terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Sabah, Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-60 yang berjaya membolos gawang Harimau Malaya dengan menewaskan Farizal Marlias. Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan pengadil, Sani Tari selepas bola terkena tangan pemain Sabah itu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...