Wednesday, December 28, 2011

NS akur arahan FAM


Harian Metro


SEKALIPUN hasrat Negeri Sembilan untuk menyenaraikan pemain import dari Brazil, Marquen Nuquen Gocalves Ferreira untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012 tidak kesampaian berikutan syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun ia tidak menimbulkan rasa gelisah buat ketua jurulatih skuad itu, Mohd Azraai Khor Abdullah.


Sebaliknya pengendali berpengalaman itu yakin dengan barisan pemain sedia ada selepas mereka menunjukkan persembahan memberangsangkan sepanjang persiapan pra-musim termasuk ketika mengadakan perlawanan persahabatan di Australia, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu terlalu memikirkan kedudukan pemain import itu sebaliknya mahu terus memberikan fokus kepada usaha membentuk skuad mantap menjelang pertemuan dengan juara Liga Super, Kelantan, dalam perebutan Piala Sumbangsih, 7 Januari ini.




“Walaupun kita mengharapkan pemain import itu (Gocalves Ferreira) dapat bersama pasukan, kita akur arahan dan peraturan yang sudah ditetapkan FAM, namun ketiadaan pemain itu, tidak akan menjejaskan persiapan kita membentuk skuad mantap.

“Selama ini pun kita menggunakan sepenuhnya khidmat pemain tempatan dan saya yakin terhadap barisan yang sedia ada mampu menggalas cabaran pasukan.


“Apa yang penting setiap pemain sudah diingatkan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mencapai tahap prestasi terbaik,” katanya semalam.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...