Sunday, December 25, 2011

'Tiada rayuan'

BH Online

FAM mungkin timbang percepat tarikh pendaftaran kedua

JADIKAN ini satu pengajaran berguna.



Itu kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung permohonan rayuan beberapa kelab dan persatuan negeri yang berdepan kemelut pemain import gagal melepasi syarat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012.
Menurutnya, FAM tidak akan mendengar rayuan mana-mana kelab dan persatuan yang gagal melepasi syarat untuk pemain import, sebaliknya menasihati mereka supaya menunggu sehingga jendela pendaftaran kedua dibuka April depan.

“Saya harap ini akan menjadi pengajaran.

Kita kini berada dalam era profesional dan (persatuan) kena tahu jadual bila nak ambil pemain import untuk tentukan (pemain) benar-benar dapat kelulusan FAM,” katanya di Kuantan, semalam.

“Namun kita (FAM) mungkin boleh mengkaji semula sama ada tarikh pendaftaran kedua yang ditetapkan pada April boleh dipercepatkan atau sebaliknya, namun ia masih perlu mendapat persetujuan semua pihak,” jelasnya. 


Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM baru-baru ini tidak meluluskan pendaftaran sembilan pemain import daripada beberapa pasukan negeri dan kelab kerana tidak menepati syarat asas yang ditetapkan untuk beraksi dalam Liga-M selepas tarikh pendaftaran senarai pemain ditutup 8 Disember lalu.

Pada masa sama, Tengku Abdullah juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai nasib penyerang Safee Sali berikutan pengharaman Liga Super Indonesia (ISL).

“Jangan cepat beranggapan sedemikian kerana kita masih menunggu cerita sebenar... kita juga nak dapat pengesahan daripada FIFA tetapi musim perayaan (Krismas) pejabat (FIFA) tutup,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...