Saturday, December 17, 2011

Johor resah tiada venue


Harian Metro

PERSIAPAN Johor menghadapi musim baru Liga Perdana agak terjejas kerana tidak memiliki gelanggang untuk beraksi selaku tuan rumah selepas Stadium Larkin ditutup dua bulan bermula bulan depan untuk kerja-kerja penyelenggaraan padang.


Senario itu memaksa Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) berusaha untuk menggunakan Stadium Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai sebagai gelanggang rasmi namun perlu mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang bakal membuat pemeriksaan.

Naib Presiden 1 PBNJ, Datuk Abd Aziz Sapian berkata, Johor tiada pilihan berikutan stadium yang sedia ada harus diperbaiki dan jalan terbaik adalah berusaha untuk mendapatkan stadium di UTM.




“Stadium di UTM menjadi pilihan Johor untuk digunakan pada kempen Liga Perdana dan saya berharap FAM memberi lampu hijau bagi tempoh sekurang-kurang dua bulan dari Januari hingga penghujung Februari.

“Apa yang saya risaukan adalan penataan cahaya lampu stadium sama ada menepati syarat yang ditetapkan FAM namun jika tidak lulus kemungkinan Johor terpaksa beraksi di sebelah petang,” katanya.


Beliau yang juga pengurus Jengking menegaskan khidmat dua pemain import akan menjadi taruhan buat Johor menghadapi saingan Liga Perdana selepas mengikat Esseh Sodjine Adah dari Togo dan Richard Offiong dari England yang pernah beraksi bersama kelab EPL, Newcastle United.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...