Saturday, December 24, 2011
Bujang Senang kurang selera
SARAWAK menunjukkan prestasi baik dalam dua perlawanan persahabatan menentang negeri jiran, Sabah tapi ketumpulan bahagian serangan masih menghantui skuad Bujang Senang itu.
Walaupun menurunkan pasukan keduanya ketika perlawanan persahabatan terakhir menentang Sabah malam kelmarin, mereka bermain cemerlang, terutamanya pada separuh masa pertama tapi gagal menjaringkan sebarang gol.
“Mereka bermain baik tetapi penyudah kita masih belum cukup tajam dan ia adalah antara kelemahan yang perlu diatasi sebelum Liga Super bermula,” kata penolong jurulatih Sarawak, Farahan Abdullah kepada Arena Metro.
Sarawak menang tipis 1-0 dalam perlawanan pertama, Selasa lalu dan seri tanpa jaringan dalam perlawanan kedua.
Farahan berkata penyerang import dari Cameroon, Kalle Sone dan penyerang tempatan, Zambri Morshidi akan kembali cergas untuk aksi pembukaan Liga Super pada 10 Januari depan.
Kedua-dua pemain itu terlepas perlawanan persahabatan menentang Sabah pada Selasa dan Khamis lalu akibat kecederaan.
Menurut Farahan, beliau sudah melawat kedua-dua pemain itu sebelum perlawanan persahabatan kedua dan mereka nampak semakin pulih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment