Tuesday, December 20, 2011

Khyril sedia gegar Liga-M

BH Online 

  KHYRIL semakin serasi bergandingan dengan  pemain import baru yang bermain di bahagian tengah.
KHYRIL semakin serasi bergandingan dengan pemain import baru yang bermain di bahagian tengah.

Galas tugas selaku penyerang utama pasukan Hijau Kuning 

PENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zamri sedia menggalas tugas selaku penyerang utama skuad Kenari selepas pengurusan memutuskan tidak mengikat penyerang import bagi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2012.



Khyril yang dipertanggungjawabkan sebagai penyerang utama ketika mengharungi Piala Malaysia musim lalu tanpa kelibat Azlan Ismail yang cedera, menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan.
Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kedah hanya mendapatkan khidmat pemain tengah, Daniel Soares Neves atau dipanggil Baroni dan pertahanan Brazil, Danillo Vivaldo bagi mengisi dua slot import - sekali gus meletakkan nama Kyril sebagai penyerang utama. 

“Begitupun, saya tidak berasa janggal beraksi sebagai penyerang utama kerana ia bukan sesuatu yang baru. 

“Lagipun, Kedah tidak pernah bersandarkan kepada seorang penyerang sahaja. 

“Saya juga semakin serasi dengan Baroni dan perlawanan persahabatan bertemu Pos Malaysia esok (malam ini) akan terus dijadikan medan meningkatkan keyakinan dan persefahaman kami serta beberapa pemain baru yang diserapkan,” katanya. 


Menurutnya, bahagian pertahanan Kedah bertambah mantap dan kebal berbanding musim lalu dengan kemasukan Danillo yang turut bijak mencuri peluang setiap kali Hijau Kuning melakukan asakan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...