Monday, December 19, 2011

S’wak, Sabah esok, Khamis



KUCHING: Peminat-peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan aksi hebat pertemuan antara jagoan Borneo, Sarawak dan Sabah dalam dua perlawanan persahabatan di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini pada Selasa dan Khamis ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdullah Julaihi berkata kedua-dua perlawanan itu bakal berlangsung jam 8.15 malam dengan tiket berharga RM5.

Abdullah berkata Sarawak yang mencatat keputusan baik dalam siri Jelajah Bandung baru-baru ini akan membariskan kesebelasan terbaik termasuk dua pemain import Afrika.

Sementara Sabah juga akan menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan barisan pemain-pemain berpengalaman termasuk bekas pemain Sarawak, Bobby Gonzales.

“Kita percaya kedua-dua pasukan akan mempersembahkan persembahan menarik yang mampu memikat para penonton,” katanya sambil menganggarkan 5,000 dijangka hadir bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan itu nanti.

Beliau berkata pengemudi Sarawak, Robert Alberts akan memberi peluang kepada semua pemainnya untuk beraksi bagi menguji kewibawaan mereka masing-masing.

“Kita berharap perlawanan persahabatan menentang Sabah ini nanti akan mampu memantapkan lagi pasukan Sarawak untuk mengharungi cabaran Liga Super nanti,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...