Friday, December 30, 2011

Perlis yakin mampu kembali beraksi di Liga Super musim 2013

BH Online

BIARPUN sandaran pasukan pada kempen Liga Malaysia 2012 digalas hampir sepenuhnya gabungan tenaga muda dan kurang berpengalaman, namun skuad Liga Perdana Perlis tetap percaya dengan keupayaan untuk kembali beraksi di Liga Super Malaysia pada musim 2013. 

Keyakinan itu bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan biarpun mengakui hakikat kekurangan yang ada berbanding pencabar lain terutama yang sanggup berbelanja besar bagi menghimpunkan barisan terbaik.



Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata, biarpun hanya membariskan kelibat pemain muda dan tidak langsung bertaraf bintang serta kurang berpengalaman, skuad Singa Utara itu sudah menunjukkan banyak peningkatan berbanding di awal pembentukannya sebulan lalu.
"Disebabkan kekangan kewangan, skuad Perlis musim depan hanya menghimpunkan beberapa pemain Liga Super musim lalu, pemain dari skuad Piala Presiden dan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Tambun Tulang yang beraksi di Liga FAM. 

"Turut disenaraikan bagi membawa cabaran pasukan ialah bekas awang import dari Afrika, Christian Lamin Conteh dan Henry Lewis dari Sierra Leone," katanya. 

Beliau memberitahu skuad kendalian Abdullah Hassan itu sudah didedahkan kepada empat perlawanan persahabatan dengan skuad Liga Perdana dan Liga Super dengan mencatat satu seri dan tewas tiga kali. 

Pasukan itu seri 1-1 dengan skuad Liga Perdana Pulau Pinang, tewas kepada BPA Pulau Pinang 1-2, tewas kepada T-Team 1-2 dan Terengganu 0-5. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...