Sunday, December 18, 2011

Lampu limpah: MB Terengganu kecewa, malu



KUALA TERENGGANU - “Kita kecewa dan malu”. Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai ‘kedaifan’ lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang masih belum dibaik pulih sebelum dijadikan gelanggang Kejohanan Piala AFC pada Mac tahun depan.

Ahmad tidak berpuas hati dengan kualiti lampu berkenaan yang kapasiti tenaga sedia ada sekadar 800 lux sedangkan mengikut piawaian mengendalikan kejohanan bertaraf antarabangsa, ia memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 lux.

Beliau turut mempertikaikan pihak yang tidak memaklumkan dengan jelas kepada kerajaan negeri mengenai keperluan dan standard sebenar lampu limpah sebelum ia dipasang.

“Kita kecewa, dulu masa suruh pasang, kenapa tak beritahu standard. Mengikut piawaian antarabangsa, lampu limpah berkapasiti 3,000 lux diperlukan dan yang sedia ada cuma 800 lux.

“Tak kan kita nak ganti dua tiga kali. Ini bukan kerja mudah kerana ia perlu belanja besar termasuk pasang tiang, kabel dan sebagainya. Bila pasang setahun tapi kena buat balik, tak baguslah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Gong Badak, semalam.

Tegasnya: “Buat masa ini, kerajaan biar dulu. Dia (PBSNT) kena tanggunglah. Kita malu dengan apa yang berlaku dan sepatutnya persatuan (PBSNT) beritahu kita (masalah sebenar).”

Ahmad tidak menolak jika masalah itu gagal ditangani, sebarang perlawanan bola sepak terpaksa dilangsungkan sebelah siang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...