Friday, December 30, 2011

FAM tak bagi peluang



KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menunjukkan ehsan kepada semua rayuan yang diterima, sebaliknya kekal dengan keputusan pendaftaran pemain import yang diluluskanJawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan pada 22 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, selepas menilai semua aspek yang ditetapkan, beliau mendapati, pendaftaran semua 26 pemain sebelum ini adalah adalah tepat dan menolak sebarang tambahan pemain import.

''Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) telah menyemak balik keputusan yang telah dibuat mengenai pendaftaran pemain import yang diputuskan baru-baru ini.

''Setelah meneliti semua peraturan yang disyaratkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan FAM, kami mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

''Ini bermakna semua pasukan yang mungkin gagal mendaftar seorang atau kedua-dua pemain import sebelum ini berpeluang mencari pemain baru hanya apabila pintu perpindahan dibuka buat kali kedua pada 2 hingga 16 April ini," kata Hamidin pada sidang media Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, semalam.

Keputusan JKPT semalam memusnahkan harapan beberapa persatuan negeri yang sebelum ini berharap FAM dapat menimbangi rayuan pendaftaran pemain import.

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) antara yang mengemukakan rayuan selepas pemain dari Brazil, Marquen Gonçalves Ferreira tidak layak beraksi kerana didapati bermain dalam Divisyen Tiga Brazil.

Pahang juga berharap Sergey Ivanov dari Rusia dapat didaftarkan dan menegaskan, pemain itu sebenarnya bermain dalam Divisyen Dua Rusia tetapi dipinjamkan ke kelab Divisyen Tiga dan PKNS yang gagal membawa masuk Helmi Loussaief dari Perancis.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...