SHUKOR (kiri) berebut bola dengan pemain Perlis, Mohamad Rozaodi dalam saingan Liga Super musim lalu. |
Shukor tekad bawa Rusa kekal mahkota Piala Malaysia
KAPTEN Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan sudah sedia menggalas tugas dan amanah disandarkan pasukan menjelang musim baru saingan Liga Malaysia sekalipun akur tugas itu berbeza kerana dijangka lebih sengit berbanding musim 2011.
Dia beranggapan misi perlu dilaksanakan dengan mempertahankan reputasi dan menjulang nama pasukan apabila menentang juara Liga Super, Kelantan dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Kota Bharu pada 7 Januari ini.
“Saya berharap prestasi pasukan akan lebih menyerlah sepanjang musim depan terutama dengan kehadiran pemain import dan pemain muda. Negeri Sembilan mampu mengharungi cabaran itu dengan lebih yakin mempertahankan status sebagai juara Piala Malaysia.
“Kami akan berjuang mempertahankan kedudukan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tonggak berpengalaman kelahiran Melaka berusia 32 tahun itu yakin bahawa dia tidak akan berdepan masalah kerana mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada rakan yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sumbangan terbaik demi kejayaan pasukan.
No comments:
Post a Comment