KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN
7 JANUARI (SABTU)
STADIUM SULTAN MOHD KE IV
LIGA SUPER
10 JANUARI - 14 JULAI 2012
LIGA PREMIER
9 JANUARI - 13 JULAI 2012
PIALA FA
PUSINGAN PERTAMA 18 FEB 2012
PUSINGAN KE DUA 10 MAC 2012
SUKU AKHIR (1) 24 MAC 2012
SUKU AKHIR (2) 27 MAC 2012
SEPARUH AKHIR (1) 21 APRIL 2012
SEPARUH AKHIR (2) 01 MEI 2012
AKHIR 19 MEI 2012
PIALA MALAYSIA
25 OGOS - 03 NOVEMBER 2012
HADIAH KEJUARAAN LIGA SUPER.
JUARA RM750,000
N.JUARA RM450,000
KE-3 RM300,000
HADIAH KEJUARAAN LIGA PREMIER
JUARA RM300,000
N.JUARA RM150,000
KE-3 RM75,000
TIDAK cukup habuan RM750,000 selaku juara Liga Super, 14 pasukan elit tanah air bakal disajikan insentif tambahan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak, RM325,024 jika menjulang trofi itu musim depan.
Menerusi insentif kewangan yang diperkenal badan induk bola sepak tanah air, kesemua pasukan Liga Super bakal menerima habuan berdasarkan kedudukan liga sebaik musim tamat dengan nilai paling rendah diterima pasukan tercorot sebanyak RM23,216.
Tidak terkecuali, pasukan Liga Perdana juga layak menerima insentif yang dilulus Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat jawatankuasa kewangan Sabtu lalu.
Sebelum ini, FAM hanya mengumumkan untuk menaikkan hadiah wang tunai juara Liga Super 2012 sebanyak RM750,000 berbanding RM500,000 pada 2011 manakala juara Liga Perdana menerima RM300,000, meningkat sebanyak RM100,000.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pemberian insentif kewangan itu bola sepak tanah air itu dalam membantu pihak persatuan negeri dan kelab selain geran tahunan sedia ada.
“FAM berharap dengan insentif ini, semua pasukan bersaing lebih hebat sekali gus meningkatkan lagi kualiti bola sepak tempatan. “Insentif ini akan diteruskan pada musim-musim akan datang bergantung kepada kedudukan kewangan FAM, namun kesemua pasukan dinasihatkan turut mencari dana sendiri menerusi penajaan syarikat luar,” katanya selepas Majlis Undian Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA 2012.
No comments:
Post a Comment