DAPAT terpijak! Begitulah pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengenai cara Seladang mendapatkan khidmat awang import keduanya, Michal Kubala.
Ini kerana pemain Slovakia itu sebenarnya terlebih dulu diuji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berjaya memenangi keyakinan jurulatih B Sathianathan.
Malangnya ATM pada masa itu sudah melengkapkan kouta dua pemain import menyebabkan mereka tidak boleh lagi mengikat Kubala.
Berikutan itu Pafa dengan bantuan pihak tertentu berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 31 tahun itu yang mahu dihantar pulang.
“Memang dia memberi persembahan baik ketika perlawanan persahabatan.
“Oleh itu, jurulatih Norizan Bakar memberi persetujuan terhadap pemain itu walaupun pada masa sama seorang calon dari Korea Selatan sudah lama bersama Perak,” kata Zainol.
Mengenai seorang pemain import, Lazar Popovic, Zainol berkata, pemain itu dicadangkan bekas pemain import Perak dari Bosnia, Josko Farac.
“Kami melihat banyak tayangan video mengenai pemain itu dan meminta Josko membawanya ke Malaysia agar dapat dilihat sendir
“Selepas melihatnya beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan, kami tidak teragak-agak mengikatnya,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri berharap kedua-dua pemain mampu memberi pulangan berbaloi terhadap pelaburan Perak itu.
No comments:
Post a Comment