Wednesday, December 21, 2011

Kelantan lawan Persebaya Jumaat ini



KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Baharu Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu, yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia Dr. Andi Alifian Mallarangeng, diharap akan mewujudkan platform untuk kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.

“Harapan kami perlawanan seperti ini dijadikan acara tahunan. Ia bukan sahaja dapat mempersiapkan pemain untuk menghadapi saingan lebih besar, malah membuka peluang dan memberi pendedahan kepada mereka untuk mengembangkan lagi bakat mereka di persada lebih tinggi,” katanya kenyataan semalam.

Annuar berkata, penganjuran secara bersama itu akan menggalakkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya dalam penganjuran perlawanan persahabatan.

“Ia akan menjadi satu pengalaman amat berharga untuk Kelantan dalam menentang pasukan berbakat seperti Persebaya. Ia akan menjadi pertandingan pra- musim yang sempurna untuk kita,” katanya.

Kedua-dua perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...