Friday, June 27, 2014

Dominasi awang import

SUmber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Kelibat penyerang tempatan terus tenggelam selepas kancah Liga Super dan Perdana berakhir pertengahan minggu ini dengan pemain import mendominasi senarai pemenang Kasut Emas 2014.

Penyerang Selangor dari Brazil, Paulo Rangel unggul meneruskan tradisi pemain import apabila muncul penjaring terbanyak dengan 16 gol dalam kancah Liga Super musim ini manakala Edward Junior Wilson dari Liberia pula meledak 19 gol buat FELDA United FC untuk mengungguli Liga Perdana.



Penyerang Terengganu, Norfarhan Muhammad menjadi penjaring terbanyak pemain tempatan dengan tujuh gol ketika nama-nama seperti Luciano Figueroa (11 gol), Juan Manuel Arostegui (9), Matias Conti (9) dan Jorge Pereyra Diaz (8) mendominasi senarai peledak berbisa.

Pemain berpengalaman negara, Indra Putra Mahayuddin membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan berada dalam senarai 10 peledak terbanyak Liga Perdana dengan 10 gol.


Kali terakhir penyerang tempatan muncul penjaring terbanyak pada musim 2011 menerusi Abdul Hadi Yahya yang meledak 20 gol (Liga Super) ketika mewakili Terengganu dan pemain PDRM, Khairul Izuan Abdullah dengan 14 gol (Liga Perdana) pada 2012. Sejak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kembali membenarkan penggunaan pemain import bermula musim 2012, kebanyakan pasukan lebih berminat menggunakan sentuhan penyerang import berbanding penyerang tempatan yang dikatakan lebih mampu menjamin kemenangan.


Malah, sepanjang musim ini, tiada pasukan Liga Super menggunakan pemain tempatan mengepalai jentera serangan dan sesetengah penyerang tempatan terpaksa menukar posisi bagi memberi ruang kepada penyerang import atau untuk kekal dalam kesebelasan utama.

Contohnya, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menggunakan khidmat dua tenaga import dari Argentina, Figueroa dan Diaz untuk mengepalai jentera serangan Harimau Selatan dengan dua penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali terpaksa memanaskan bangku simpanan atau bermain di posisi lain seperti bahagian sayap.


Abdul Hadi yang kini mewakili Selangor hanya meledak satu gol di Liga Super, terpaksa mengorbankan posisi kegemarannya sebagai penyerang utama apabila diarah jurulatih untuk beraksi di bahagian sayap atau tengah.

Namun, situasi ini tidak boleh dipersalahkan terhadap mana-mana pasukan kerana mereka melakukan pelaburan tinggi dan pastinya inginkan pemain terbaik berada dalam kesebelasan utama. Justeru, bagi bergelar juara, sentuhan klinikal diperlukan bagi memastikan kemenangan.


Mahu atau tidak penyerang tempatan perlu mempamerkan kebangkitan dalam persekitaran dibayangi penyerang import yang semakin meniti dalam kalangan peminat tempatan kerana persembahan dan prestasi mereka akan turut mempengaruhi persembahan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. jdt menang liga super, kau tak update pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello.....
      Tolong semak http://www.ligabolasepakmalaysia.com/p/liga-super-2013_7.html

      Dah lama aku update. Lain kali jangan nak menyumpah melulu, komen kau yang kau dah delete tu pun aku dah terima, jangan memalukan pasukan sokongan kau dengan menyumpah seranah orang lain.
      Lagi satu blog ni aku buat secara sukarela, tida bayaran dikenakan. So, kau kena faham, aku bukannya full time blogger. Ini hanya semata-mata minat dalam bolasepak tempatan (since JDT belum wujud lagi).

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...