Showing posts with label Kieta Mandjou. Show all posts
Showing posts with label Kieta Mandjou. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Ten-man Pahang hold Kelantan

 Sumber: Sports247.my
 
Kelantan's Norfarhan Muhammad celebrates his goal
KELANTAN concluded a weekend of missed opportunities after drawing 2-2 with surprise package Pahang at the Darul Makmur Stadium today.

The treble winners could have moved just two points behind Super League leaders Armed Forces as the Gladiators as well as Selangor and Johor Darul Takzim failed to collect what should have been customary three points against Terengganu, PKNS and Felda United respectively.

Mohd Norfarhan Mohammad had put the visitors ahead in the 10th minute but the Elephants refused to be intimidated as they got an equaliser via Mohd Hafiz Kamal just before halftime.

Thursday, February 21, 2013

‘Mandjou masih berbisa’

Sumber: Metro Online
Kota Bharu: Jurulatih Bojan Hodak mengharapkan penyerang import, Keita Mandjou terus membuktikan kemampuan dengan menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya selepas membantu Kelantan menewaskan Terengganu, 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Dua jaringan dihasilkan penyerang berusia 33 tahun dari Guinea itu membuktikan sentuhannya masih berbisa selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan awal.

Hodak gembira pemain import pilihannya itu akhirnya mengakhiri kemarau jaringan.



Tuesday, February 12, 2013

Bintang Burkina Faso pilihan Kelantan?

Sumber: Utusan Online
 
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasang impian untuk melamar penyerang utama Burkina Faso, Aristide Bance, 28, yang baru sahaja membantu negaranya menjadi naib juara Piala Negara-Negara Afrika, semalam.
Menurut sumber dalaman KAFA, nama pemain itu telah disebut sendiri oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam mesyuarat, baru-baru ini.

Bance, yang dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast dan berpindah ke Burkina Faso sejak kecil kini masih mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama kelab FC Augsburg yang beraksi dalam Bundesliga.

Saturday, February 9, 2013

Hodak sanjung aksi Nwakaeme

Sumber: Metro Online
 
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengaku pemain import Nigeria, Dickson Nwakaeme mempunyai bisa tersendiri selepas menundukkan Felda United, 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Dickson, 27, yang bermain di posisi penyerang mendapat perhatian peminat The Red Warriors (TRW) apabila mengancam kubu lawan, malah mengatasi seorang lagi pemain import dari Guinea, Keita Mandjou yang kini membantu pasukannya dalam kancah Liga Malaysia.

Thursday, January 10, 2013

Hodak: Jangan melatah, beri Keita peluang


Sumber: Bernama

PENYOKONG The Red Warriors diminta jangan cepat melatah dan terus menghukum pemain import Keita Mandjou berikutan persembahannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini yang dilihat 'lambat panas'.
   
Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata beliau percaya Mandjou sedang tercari-cari rentak permainannya.
   

Saturday, January 5, 2013

Mandjou tekad gegar gawang lawan


Sumber: Metro Online

PENYERANG import baru Kelantan, Keita Mandjou bertekad untuk kembali menggegar selepas lima tahun meninggalkan kancah bola sepak Liga Malaysia.

Dua gelaran penjaring terbanyak bersama Perak pada 2006 dan 2007 membuktikan bisa bekas pemain kebangsaan Guinea itu.

Thursday, January 3, 2013

Hodak takes cautious approach


Source: NST Online

KELANTAN are dreaming of becoming treble champions again.

But while it is fine to be ambitious, coach Bojan Hodak said the Super League, FA Cup and Malaysia Cup champions have to be realistic.

Hodak, who is also the team manager, admitted that a similar feat may just be a little too much to hope for.

"We are not as potent up front as last year, as we will be without (Mohamad) Ghaddar, Norshahrul (Idlan Talaha), S. Chanturu, Nurul Azwan (Roya), Ramzul (Zahini Adnan) and Azlan (Ismail) who have gone to other teams.

"Of course, we have brought in (Keita) Mandjou, Haris (Safwan), Faiz (Subri) and Zairo (Anuar Zailani) and several young players but they will take time to gel with the rest of the team," he said.

Friday, December 14, 2012

Bojan Hodak lega sudah temui pengganti Mohammad Ghaddar



KOTA BHARU - Kehilangan kelibat penyerang Lebanon, Mohammad Ghaddar tidak menjejaskan persiapan juara tiga piala 2012 Kelantan untuk musim depan dan pengendalinya, Bojan Hodak mengakui sudah menemui pengganti pemain tersebut.

Selepas dua aksi persahabatan, Hodak memberikan gambaran awal untuk mendaftarkan penjaring terbanyak Liga Super musim 2005/06 dan 2006/07 Keita Mandjou bagi mengetuai jentera serangan The Red Warriors untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2013 nanti.

Hodak ketika ditemui pemberita selepas aksi persahabatan Kelantan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin mengakui Mandjou mempunyai kelebihan berbanding penyerang muda Australia, Dimi Pertratos.

Sunday, December 9, 2012

Mandjou, Petratos kena bersaing

Berita Harian

Annuar (kanan) memperkenal pemain baru TRW sambil diperhatikan Penaung Kelab Penyokong TRW Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim (kiri) di Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, semalam
Annuar (kanan) memperkenal pemain baru TRW sambil diperhatikan Penaung Kelab Penyokong TRW Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim (kiri) di Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, semalam


Rantau Panjang: Ketika Obinna Nwaneri dilihat selesa kerana namanya hampir pasti disenaraikan untuk kuota pemain import Kelantan bagi aksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan, pemain baru, Keita Mandjou dan Dimi Petratos pula terpaksa bersaingan merebut kuota kedua. 

Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah memiliki empat pemain import iaitu Lek Kcira; Obinna, Keita, dan Dimi Petratos yang disenaraikan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 

Friday, November 16, 2012

Red Warriors buat persiapan hadapi musim 2013


Bojan Hodak (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Meskipun kemelut perpindahan penyerang terbilang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Tahala ke Johor masih diperkatakan, ia tidak menjejaskan sesi latihan pertama pasukan berkenaan semalam, sebagai persediaan mengharungi saingan musim hadapan.

Latihan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dikendalikan pengurus merangkap jurulatih Bojan Hodak sambil dibantu penolongnya, Zahasmi Ismail, Kamaruddin Mohammad serta Ismail Chawlit Abdullah jurulatih penjaga gol.

Turut kelihatan dalam sesi latihan pertama itu ialah tonggak utama Kelantan musim ini iaitu Mohd. Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Zairul Fitree Ishak, Shahrizan Ismail dan pemain lain termasuk tonggak import iaitu Keita Mandjou, Danny Antwi serta Emanual Ayyah Okinne.

Thursday, July 19, 2012

Mandjou, Dadic tonik baru skuad Kijang


Harian Metro

THE Red Warriors mendapat tonik baru apabila mengikat kontrak dua pemain import baru, Keita Mandjou dari Guinea dan Mijo Dadic dari Crotia bagi memantapkan posisi tengah dan pertahanan Kelantan untuk menghadapi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) peringkat suku akhir September ini.

Malah, kehadiran Mandjou yang memenangi kasut emas ketika bersama Perak pada musim 2005/ 2006 dan 2006/2007 di Kota Bharu, cukup ditagih pengurusan pasukan Kelantan terutama bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan pasukan lima bintang, Queen Parks Rangers (QPR) di Stadium Shah Alam, malam esok.

Friday, June 15, 2012

Kelantan diundi lawan sukar


KUALA LUMPUR - Kelantan berdepan lawan sukar pada peringkat suku akhir Piala AFC apabila menentang kelab Iraq, Arbil pada majlis undian di sini, semalam.


Arbil, juara Kumpulan B pusingan awal akan menentang Red Warriors pada perlawanan suku akhir timbal balik 18 September dan 25 September ini (Kota Bharu).

Friday, June 1, 2012

Keita Mandjou sarung jersi Kelantan


BH Online

BEKAS pemenang Kasut Emas 2006, Keita Mandjou akan memperkuatkan cabaran The Red Warriors yang bercita-cita mahu melangkah jauh dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Keita, 32, yang menggantikan Nwoha Onyekachi yang tamat kontraknya, akan mengukuhkan jentera serangan Kelantan bersama-sama Mohammad Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha.

Saturday, April 14, 2012

Perak dump Popovic for Bodjongo


PERAK have dumped misfiring striker Lazar Popovic and signed little-known Cameroonian Albert Bodjongo who they hope to debut against Sabah in a Super League match in Kota Kinabalu today.


  Team manager Khairul Azwan Harun made the announcement in Ipoh yesterday after failing in their pursuit of Guinean Keita Mandjou, whose Indian club Pune refused to release him ahead of Monday's transfer deadline.



Saturday, March 31, 2012

Yob risik Mandjou




PERAK menghantar rombongan tiga pegawai ke India semalam untuk menilai kemampuan semasa Kieta Mandjou selepas skuad Seladang tidak berpuas hati dengan beberapa pemain dari benua Afrika yang diuji, baru-baru ini.


Rombongan itu diketuai Naib Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairuddin Ahmad yang turut disertai penolong pengurus pasukan, Ahmad Shahrul Azhar dan jurulatih Norizan Bakar Pemergian tiga pegawai itu bertujuan meninjau keupayaan sebenar pemain berasal dari Guinea itu yang dikatakan begitu menyerlah dalam Liga India.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...