Sunday, December 9, 2012

Mandjou, Petratos kena bersaing

Berita Harian

Annuar (kanan) memperkenal pemain baru TRW sambil diperhatikan Penaung Kelab Penyokong TRW Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim (kiri) di Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, semalam
Annuar (kanan) memperkenal pemain baru TRW sambil diperhatikan Penaung Kelab Penyokong TRW Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim (kiri) di Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, semalam


Rantau Panjang: Ketika Obinna Nwaneri dilihat selesa kerana namanya hampir pasti disenaraikan untuk kuota pemain import Kelantan bagi aksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan, pemain baru, Keita Mandjou dan Dimi Petratos pula terpaksa bersaingan merebut kuota kedua. 

Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah memiliki empat pemain import iaitu Lek Kcira; Obinna, Keita, dan Dimi Petratos yang disenaraikan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 




“Bojan Hodak ( jurulatih) akan menilai siapa penyerang import untuk beraksi pada saingan Liga Super, sama ada Keita atau Dimi,” kata Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa selepas meraikan wira The Red Warriors (TRW) di perkarangan Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, di sini, semalam.

Senarai 25 pemain termasuk pemain import akan didaftarkan pada hari terakhir iaitu 29 Disember ini selepas diberi kelonggaran Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menghadapi saingan Piala AFC. 

“Sepanjang tempoh itu, kita masih boleh buat sebarang pertukaran pemain untuk Piala AFC,”. Kelantan diundi di kumpulan G bersama Ayeyawady United (Myanmar); SHB Da Nang (Vietnam); Maziya Sport dan Recreation (Maldives).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...