Saturday, December 15, 2012

Fadhli Shas mahu lupa detik hitam

Harian Metro


SELEPAS menjadi mangsa keputusan berat sebelah pengadil, pemain pertahanan skuad negara, Mohd Fadhli Shas mahu melupakan segera detik hitam itu dengan terus memberikan fokus penuh kepada dua saingan utama selepas ini.

Entah di mana sebenarnya kesalahan pertahanan berusia 21 tahun itu, pengadil perlawanan, Lee Min Hu dari Korea Selatan terus melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli pada minit ke-42 meskipun pemain itu mendakwa disiku terlebih dulu oleh pemain Thailand, Datsakorn Thonglao.



Daripada peristiwa itulah bermulanya detik kekalahan skuad negara kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai kelmarin.

“Saya sebak, tak sangka pengadil membuat keputusan begitu teruk. Jika kami beraksi 11 pemain, pasti dapat meraih keputusan berbeza.


“Selepas kad kuning kedua, saya sekadar saksikan perlawanan di luar padang dan hanya mampu mendoakan yang terbaik kepada rakan sepasukan. “Tapi apakan daya, kawan-kawan sudah buat yang terbaik tapi masih tidak mendapat keputusan yang diinginkan.


“Saya mahu lupakan saingan Piala AFF ini dan buka buku baru. Saya mahu fokus kepada Piala Asia serta Sukan Sea pula pada tahun depan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...