Friday, December 28, 2012

‘Tiada alasan lagi’


Sumber: Harian Metro Online

RAJAGOBAL...punyai cukup masa

TIADA alasan lagi buat pengendali skuad negara, Datuk K Rajagobal untuk menyatakan tidak mempunyai masa mencukupi dalam usahanya mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran yang cukup besar kepada pengendali berusia 56 tahun itu mengumpulkan pemain menjelang dua aksi awal kempen kelayakan pada Februari dan Mac.



Berdasarkan jadual Liga-M musim depan, Rajagobal mempunyai masa 11 hari untuk mengadakan sesi latihan sebelum bertemu Qatar pada 6 Februari di tempat lawan dan persiapan 12 hari sebelum aksi kedua kempen kelayakan bertemu Yaman di Malaysia pada 22 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media semalam berkata, pihaknya sudah melalui situasi itu pada setiap tahun.

“Jika nak teruskan juga liga tanpa pemain kebangsaan, kita boleh saja hanya mengadakan satu perlawanan setiap minggu. Apapun saya kira jadual ini yang terbaik.

“Tapi kita mungkin terpaksa tukar jika skuad negara mempunyai perlawanan persahabatan secara tiba-tiba dan kena ubah jadual. Di Eropah, memang liga hanya berhenti rehat apabila ada perlawanan dalam kalendar Fifa.

“Bagaimanapun, kita ambil kira permintaan jurulatih kebangsaan kerana beliau perlukan banyak masa lagi untuk kem latihan pusat,” katanya.

Kempen kelayakan Piala Asia penting bagi Rajagobal kerana beliau pernah menyatakan akan membawa pasukan negara layak secara merit ke Piala Asia 2015.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...