Tuesday, December 18, 2012

Alves lega pemain import pamer komitmen tinggi

Harian Metro


KOMITMEN tinggi dipamer dua pemain import, William Paul Modibo dari Cameroon dan pemain Argentina, Emanuel Matias De Porras sejak memulakan latihan kira-kira tiga minggu lalu melegakan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Alves.

Walaupun kedua-duanya belum mencapai prestasi terbaik, mereka memberikan kerjasama menjayakan perancangan diatur bagi membentuk skuad mantap menjelang cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.



“Modibo dan De Porras menunjukkan semangat tinggi dalam latihan dan perlawanan persahabatan yang diadakan setakat ini. Saya puas hati dengan komitmen mereka yang berusaha keras mencapai tahap prestasi terbaik.

“Sikap positif itu menyerlahkan semangat mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan dan saya harap mereka cepat menyesuaikan diri serta mencapai prestasi terbaik menjelang saingan pembuka tirai liga bulan depan,” katanya.

Menurut Alves, pihaknya menguji posisi setiap pemain sebelum menyenaraikan kesebelasan terbaik kerana misinya adalah memastikan kekuatan seimbang di setiap bahagian bagi membolehkan keputusan memuaskan dicapai.

“Hingga kini keputusan belum ditentukan lagi kerana mereka diuji dalam beberapa siri perlawanan persahabatan.

“Saya mahu setiap pemain menunjukkan persembahan cemerlang di padang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...