Thursday, December 22, 2011

Isu panas lampu limpah reda

BH Online

ISU lampu limpah stadium yang malap bertukar satu kontroversi baru apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tampil melenting mempertahankan status mereka, semalam dan sebaliknya menyoal kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persatuan itu tidak pernah menerima sebarang surat daripada badan induk itu berhubung kedudukan lampu limpah di Stadium Paroi yang difahamkan belum lulus ujian pencerahan minimum 800 lux.



“Kalau benar lampu limpah di Stadium Paroi belum memenuhi ketetapan dari segi pencerahan, FAM sepatutnya memberitahu kami lebih awal dan bukan sekarang apabila Liga Malaysia mahu bermula.
“Sampai sekarang PBNS tidak menerima sebarang surat daripada FAM mengenai keadaan lampu limpah. Saya difahamkan pegawai FAM sudah melihatnya (keadaan lampu) di stadium tiga kali sebelum ini,” katanya selepas majlis penyampaian bonus kakitangan Klana Resort di Seremban, petang semalam.

Bagaimanapun, kemarahan Mohamad kembali reda selepas pemeriksaan segera dijalankan Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud di Paroi, malam tadi mendapati stadium itu akhirnya lulus.

“Tahap kecerahan lampu limpah didapati pada purata 1,000 hingga 1,100 lux. Jadi stadium ini diisytihar sebagai lulus,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...