DUA pemain import dari Brazil - Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo dan Daniel Soares Neves adalah antara pemain baru menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperkuatkan cabaran pasukan negeri dalam kancah Liga Malaysia 2012 bermula bulan depan.
Selain dua pemain dari Amerika Latin itu, pengurusan juga menawarkan kontrak kepada lima pemain import tempatan iaitu - Azmizi Azmi, Mohd Fiqkry Mohd Isa (Perlis), Mohd Kamal Azira Abdul Manah (Pulau Pinang), See Kok Luen (Kuala Lumpur) dan Abdul Latiff Suhaimi (Pulau Pinang.).
Danilo adalah pemain pertahanan yang sebelum ini beraksi untuk kelab Brothers Union FC di Liga Bangladesh manakala Daniel Soares atau Baroni beraksi untuk Cruzeiro E Clube di Brazil. Kedua-dua akan beraksi di bahagian tengah.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Dr Hamdan Khalib berkata pihaknya tidak ada pilihan lain kecuali menamakan Nidzam selaku pengendali untuk tujuh perlawanan. Dia akan dibantu Zahar Mat Isa dan Wan Mohd Redzwan Che Ros yang menggantikan Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail yang turut digantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhir musim lalu.
“Kami terpaksa melakukan apa sahaja bagi memastikan prestasi pasukan tidak terjejas hanya kerana ketiadaan Wan Jamak , Radhi dan Sobri pada awal perlawanan Liga Super musim ini,” katanya.
Sementara itu, Nidzam berkata Kedah hanya meletakkan matlamat menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.
“Kami akan mengadakan beberapa perlawanan ujian di Kedah
No comments:
Post a Comment